kkm

Home Up Maklumbalas Search Kakitangan Carta Organisasi

Makmal Iodin Negeri Sabah
Home Up Unit Kesihatan Primer Unit Kesihatan Ibu dan Kanak-kanak Makmal Klinik Kesihatan Pergigian Penampang Unit Kawalan Tibi dan Kusta Makmal Iodin Negeri Sabah FarmasiMirror 1   Mirror 2  Link1

 

 

Home
Up
Aktiviti
Carta Organisasi

  • Latarbelakang Makmal Mini Program Pencegahan Dan Kawalan Gangguan Akibat Kekurangan Iodin (IDD) Negeri Sabah di Klinik Kesihatan Penampang

 

  • Latarbelakang Penubuhan
    • Di Negeri Sabah, IDD merupakan masalah kesihatan awam yang perlu dibenteras dengan segera. Negeri Sabah juga merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang telah diwartakan di dalam Akta Makanan 1983 Peraturan-Peraturan Makanan 1985 Pindaan 2000 sebagai negeri yang bermasalah IDD di mana pengiodinan garam universal telah dikuatkuasakan sepenuhnya mulai Jun 2000. Selepas pewartaan Negeri Sabah sebagai kawasan yang bermasalah IDD melalui garam beriodin dijalankan selama 6-12 bulan, pemantauan dan penilaian paras iodin dalam urin perlu dijalankan untuk mengetahui samaada penggunaan garam iodin dan telah sampai kepada kumpulan sasaran
    • Memandangkan pada masa itu analisa iodin ini tidak dijalankan oleh mana-mana hospital atau kemudahan kesihatan di Negeri Sabah, satu kemudahan makmal mini bagi membantu dalam memantau dan menilai keberkesanan program intervensi IDD yang dijalankan adalah diperlukan
  • Fungsi
    • Pada masa ini, fungsi utama makmal ini adalah untuk menjalankan analisa paras iodin di dalam urin di kalangan kanak-kanak sekolah dan lain-lain kumpulan sasaran.
    • Secara purata, makmal ini menjalankan kira-kira 9000-10,000 sampel urin setahun yang tertumpu kepada 2 peringkat utama pemantauan iaitu peringkata negeri dan daerah-daerah prioriti adalah Tambunan, Keningau, Nabawan, Kota Belud, Tenom, Ranau, Kinabatangan, Pitas dan Kota Marudu disamping daerah kawalan (Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan)
  • Perjalanan Operasi
    • Makmal ini telah siap dibina pada bulan Oktober tahun 2000 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 2001. Perjalanan makmal ini adalah di bawah tanggungjawab Unit Permakanan, Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah. Makmal ini dikendalikan oleh seorang Juruteknologi Makmal Perubatan sepenuh masa dan seorang pekerja am rendah

 

Hantar email ke ssslayerrr@yahoo.com dengan soalan atau komen mengenai halaman web ini.
Modifikasi terakhir: 09/06/05

Hit Counter