kkm

Home Up Maklumbalas Search Kakitangan Carta Organisasi

Unit Kawalan Tibi dan Kusta
Home Up Unit Kesihatan Primer Unit Kesihatan Ibu dan Kanak-kanak Makmal Klinik Kesihatan Pergigian Penampang Unit Kawalan Tibi dan Kusta Makmal Iodin Negeri Sabah FarmasiMirror 1   Mirror 2  Link1

 

 

Home
Up
Aktiviti

  • Sebelum tahun 1960, walaupun ramai pesakit tibi datang untuk mendapatkan rawatan tetapi pada amnya tidak ada sebarang langkah dan usaha yang teratur untuk mengawal dan menyekat jangkitan penyakit tersebut. Penyakit tibi pula ketika itu dianggap sebagai 'The Biggest single Killer' di negeri ini. Kadar kematian yang disebabkan oleh penyakit ini adalah ditangga yang paling teratas di hospital-hospital kerajaan sehingga tahun tujuh puluhan (70's).
    Berdasarkan kepada satu kajian yang telah dibuat ke atas kedudukan penyakit tibi di negeri ini yang telah dijalankan pada tahun 1960 dengan bantuan pihak Colombo Plan Advisory Team Australia, maka Program Kawalan Tibi Negeri telah dilancarkan dengan rasminya pada tahun 1961.
    Oleh kerana kekurangan infrastruktur kesihatan dan juga kakitangan paramedik di negeri ini pada masa itu, maka Program Kawalan Tibi Negeri telah dilancarkan sebagai program 'Vertical'. Semenjak itu, kemajuan dan pencapaian yang lebih memuaskan telah dicatitkan dan dengan adanya lebih banyak kemudahan-kemudahan infrastruktur kesihatan yang dilaksanakan sejak tahun 1979, konsep untuk mengintegrasikan perkhidmatan dan aktiviti kawalan tibi ke dalam perkhidmatan kesihatan asas telah bermula.
  • Objektif
    • Objektif dibahagikan kepada 2, iaitu;
      • Sasaran epidemiologi
        • Melingungi sekurang-kurangnya 95 peratus daripada jumlah penduduk yang mudah dijangkiti (susceptible population) dengan suntikan BCG
        • Mengenalpasti sekurang-kurangnya separuh daripada punca jangkitan yang ada dalam masyarakat
        • Memberi rawatan yang berkesan kepada sekurang-kurangnya 95 peratus daripada punca jangkitan yang telah dikenalpasti supaya menhadi punca penyakit yang tidak berjangkit.
      • Sasaran Keseluruhan program
        • Penyakit tibi tidak lagi termasuk dalam senarai 10 penyakit utama yang menyebabkan kematian
        • Kadar kematian hendaklah di bawah paras 5 bagi setiap 100,000 penduduk pada setiap tahun
        • Kejadian 'prevalence' yang berjangkit pad sesuatu masa hendaklah di bawah 1 bagi setiap 1,000 penduduk
        • Risiko jangkitan hendaklah di bawah 1 peratus setiap tahun
        • Insiden tibi (berjangkit) hendaklah kurang daripada 40 bagi setiap 100,000 penduduk
  • Strategi dan Program
    • Terdapat 6 strategi dan aktiviti yang utama iaitu;
      • Pengesanan kes
      • Rawatan
      • Suntikan BCG
      • Pendidikan Kesihatan
      • Latihan
      • Perkhidmatan makmal
  • Unit Kawalan Tibi/Kusta Penampang
    • Unit tibi/kusta penampang terletak di Klinik Kesihatan Penampang. Dari segi pentadbiran, aktiviti kawalan tibi/kusta diletak dibawah jagaan Pegawai Kesihatan Kawasan. Manakala Pegawai Perubatan bertanggungjawab ke atas perkhidmatan rawatan. Klinik tibi/kusta penampang terletak di bawah jagaan Pembantu Perubatan dan kakitanganya terdiri daripada 1 Inspektor Kesihatan untuk 'surveillance', 1 jururawat masyarakat dan 1 penolong jururawat dan 1 pemandu.
      Klinik tibi/kusta pula bertindak sebagai pusat kawalan aktiviti tibi/kusta, dimana kes-kes tibi dan kusta dikesan dan dirujuk untuk didaftarkan samaada untuk rawatan, penukaran regim ubat rawatan, pemberhentian rawatan dan sebagainya. Klinik tibi/kusta juga bertindak sebagai pusat rawatan bagi pesakit-pesakit yang tinggal berdekatan.
       


Borang Pesanan Maklumat

Isi maklumat yang diperlukan dan sila berikan butiran anda:


Nama
Pangkat
Syarikat
Alamat
E-mail
Telefon

 

Hantar email ke ssslayerrr@yahoo.com dengan soalan atau komen mengenai halaman web ini.
Modifikasi terakhir: 09/06/05

Hit Counter