

| |
- OBJEKTIF
- Menampilkan imej perkhidmatan farmasi yang cekap, mesra, penuh dedikasi,
bertanggungjawab dan sentiasa peka kepada keperluan/kehendak pelanggan
- Memastikan orang awam/pesakit diberi nasihat berhubung penggunaan dan
pengambilan ubat-ubatan
- Memberi perkhidmatan yang cemerlang serta mempunyai sikap amanah,
inisiatif, inovatif, bermotivasi, berkeyakinan diri, berpengetahuan luas,
semangat berpasukan yang tinggi, sopan dan prihati
- Meningkatkan kualiti perkhidmatan Farmasi Klinik kesihatan Penampang
- Jenis Perkhidmatan (Tugas dan Tanggungjawab)
- Proses Pendispensan
- Semak semula preskripsi yang diterima dari pesakit.
- Penyediaan ubat dalam preskripsi Pegawai Perubatan dan Pembantu
Perubatan serta mendispen kepada pesakit dengan memberi penjelasan tentang
ubat-ubat yang dibekal
- Proses pra-pembungkusan
- Membuat kerja pra-pembungkusan ubat-ubat serta melabel setiap
bungkusan
- Pengendalian Stor
- Membuat pesanan bekalan ubat-ubatan dan bukan ubat dari Stor Integrasi
QEH mengikut jadual yang di tetapkan (dua bulan sekali)
- Memastikan bekalan ubat-ubatan sentiasa mencukupi
- Merekod penerimaan dan penjelasan ubat-ubatan dalam kad petak
- Menyemak kedudukan stok, tarikh luput setiap ubat dalam stor dari masa
ke semasa
- Membekal ubat dan bukan ubat kepada unit TB, Bilik rawatan , makmal,
KKIA (Putatan, Penampang), Klinik Desa (Babagon, Moyog, Limbanak, Nosoob dan
Petagas)
- Menyediakan/Menguruskan permohonan pesanan ubat SRQ oleh Pakar Perubatan
Keluarga dari Hospital Queen Elizabeth
- Membekal Vaksin kepada KKIA dan Klinik Desa
- Unit Farmasi dikendalikan oleh dua orang pembantu farmasi
- Purata pesakit yang didispen setiap hari ialah 150 orang
- Statistik-statistik Pengurusan farmasi dihantar kepada Pejabat Timbalan
Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Sabah melalui Pejabat Kesihatan Kawasan
Kota Kinabalu
|