

| |
- Klinik kesihatan Penampang dibuka secara resminya pada 14hb sept 1982/26
dzulqaedah 1402 oleh YB TAN SRI CHONG HOON NYAN Menteri Kesihatan
Malaysia.Pada ketika itu lebih dikenali sebagai Poliklinik Penampang.Klinik
Kesihatan Penampang meliputi beberapa bahagian perkhidmatan kesihatan iaitu:
- Perkhidmatan Pesakit Luar
- Klinik Kesihatan Ibu dan anak
- Perkhidmatan Pergigian
- Bahagian Rawatan TB
- Bahagian Makmal Iodin
- Dalam tempoh 19 tahun Klinik Kesihatan Penampang terus berkembang dengan
menawarkan pelbagai khidmat kesihatan selaras dengan keperluan dan peningkatan
populasi penduduk di daerah ini dan sekitarnya
- Di bahagian Perkhidmatan Pesakit Luar ,perkhidmatan yang diberikan adalah:
- Pemeriksaan Pesakit yang dikendalikan oleh pegawai perubatan dan
pembantu perubatan
- Perkhidmatan Farmasi yang dikendalikan oleh Pembantu Farmasi
- Perkhidmatan Makmal Perubatan yang dikendalikan oleh Juruteknologi
Makmal Perubatan
- Bilik Rawatan yang dikendalikan oleh Pembantu Perubatan dan Penolong
Jururawat
- Perkhidmatan Kaunter yang dikendalikan oleh Penolong Jururawat,Attendan
- Perkhidmatan Ambulan
- Dengan kekuatan anggota seramai 15orang:
- Pakar Perubatan Keluarga - 1
- Pegawai Perubatan - 2
- Pembantu Perubatan - 3
- Pembantu Farmasi - 3
- Juruteknologi Makmal Perubatan - 2
- Penolong Jururawat - 3
- Pemandu - 1
- Attendan - 2
- Bahagian Pesakit Luar akan memberikan perkhidmatan yang efisien dan
memuaskan hati pelanggan.
- Bahagian Pesakit Luar sentiasa mengadakan ceramah kesihatan kepada
pesakit-pesakit yang datang pada setiap hari isnin selain ceramah-ceramah
yang dibuat di luar klinik
- Projek- projek Kementerian yang sedang dilaksanakan di Bahagian Pesakit Luar
adalah,
- Klinik Diabetis
- Klinik Wargatua
- Klinik Kesihatan Mental
- Untuk mencapai misi dan visi Kementerian Kesihatan Malaysia, semua warga
bahagian Pesakit Luar akan sentiasa memberikan komitmen perkhidmatan 100%
untuk kepuasan pelanggan tanpa mengira bangsa,taraf dan kedudukan.
|