


| |
- Latarbelakang Makmal Mini Program Pencegahan Dan Kawalan Gangguan
Akibat Kekurangan Iodin (IDD) Negeri Sabah di Klinik Kesihatan Penampang
- Latarbelakang Penubuhan
- Di Negeri Sabah, IDD merupakan masalah kesihatan awam yang perlu
dibenteras dengan segera. Negeri Sabah juga merupakan satu-satunya negeri di
Malaysia yang telah diwartakan di dalam Akta Makanan 1983
Peraturan-Peraturan Makanan 1985 Pindaan 2000 sebagai negeri yang bermasalah
IDD di mana pengiodinan garam universal telah dikuatkuasakan sepenuhnya
mulai Jun 2000. Selepas pewartaan Negeri Sabah sebagai kawasan yang
bermasalah IDD melalui garam beriodin dijalankan selama 6-12 bulan,
pemantauan dan penilaian paras iodin dalam urin perlu dijalankan untuk
mengetahui samaada penggunaan garam iodin dan telah sampai kepada
kumpulan sasaran
- Memandangkan pada masa itu analisa iodin ini tidak dijalankan oleh
mana-mana hospital atau kemudahan kesihatan di Negeri Sabah, satu kemudahan
makmal mini bagi membantu dalam memantau dan menilai keberkesanan program
intervensi IDD yang dijalankan adalah diperlukan
- Fungsi
- Pada masa ini, fungsi utama makmal ini adalah untuk menjalankan
analisa paras iodin di dalam urin di kalangan kanak-kanak sekolah dan
lain-lain kumpulan sasaran.
- Secara purata, makmal ini menjalankan kira-kira 9000-10,000 sampel urin
setahun yang tertumpu kepada 2 peringkat utama pemantauan iaitu
peringkata negeri dan daerah-daerah prioriti adalah Tambunan, Keningau,
Nabawan, Kota Belud, Tenom, Ranau, Kinabatangan, Pitas dan Kota Marudu
disamping daerah kawalan (Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan)
- Perjalanan Operasi
- Makmal ini telah siap dibina pada bulan Oktober tahun 2000 dan mula
beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 2001. Perjalanan makmal ini adalah di
bawah tanggungjawab Unit Permakanan, Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan
Kesihatan Negeri Sabah. Makmal ini dikendalikan oleh seorang Juruteknologi
Makmal Perubatan sepenuh masa dan seorang pekerja am rendah
|